Throwback: “V” for Peace – Keamanan

Throwback and Republication Series – Part 1 | Article 2 | Bahasa Malaysia Article.

(Written by: Ikram Rasid on 2nd April 2009)

PEACE, KEAMANAN SEJAGAT – APAKAH SUMBANGAN KITA SEBAGAI RAKYAT?

Assalamualaikum dan Salam Keamanan,

“People should not be afraid of their governments. Governments should be afraid of their people”
(Rakyat tidak sepatutnya takut akan kerajaan. Kerajaanlah yang sepatutnya takut akan rakyat.)

“Peace is not the absence of war but the presence of justice.”
(Keamanan ialah bukan ketika tiada peperangan, tetapi ketika keadilan diwujudkan.)

Dua ungkapan di atas amatlah bersesuaian dengan topik kita pada kali ini, iaitu keamanan. Hati dan minda kita begitu peka terhadap keadaan yang tenang dan teratur, kerana ianya memberikan keamanan ke dalam jiwa kita. Keamanan itu, jika hilang daripada kehidupan seharian kita maka hati dan jiwa kita akan menjadi sakit, tidak tenteram.

Saya tidak mahu menghuraikan konsep keamanan dan ketenangan itu dari perspektif Islam, kerana saya tidaklah begitu arif untuk menghuraikannya. Tetapi, dari segi perspektif norma manusia – kita dapati, keamanan itu ditafsirkan apabila keadaan manusia itu saling hormat menghormati, dan tidak bercakaran sesama sendiri. Oleh yang demikian, manusia akan menilai sesuatu keadaan itu sebagai aman apabila tiada kekacauan dan peperangan berlaku.

Ungkapan di atas perlulah diteliti secara ilmiah kerana, walaupun ianya diambil daripada kata-kata orang biasa yang mungkin tidak begitu terkenal. Tetapi, maksudnya yang begitu terang mengajak manusia supaya bertindak menggunakan akal fikiran itu perlulah diteliti. Ungkapan pertama yang mengajak manusia supaya tidak takut kepada kerajaan itu, kerana kerajaanlah yang sepatutnya takut kepada rakyat adalah suatu ungkapan yang hebat. Ianya tiada maksud yang tersirat, tetapi apabila ungkapan itu diperjelaskan – maka dapatlah kita hayati bahawa perkara itu sudah pun berlaku di zaman era moden kini.

Kerajaan di seluruh dunia yang kununnya mengamalkan demokrasi sebenarnya suka menakut-nakutkan rakyat dengan cabaran ekonomi, kestabilan politik, kuasa ketenteraan, kuasa polis, visi yang mengelirukan demi mengekalkan kuasa mereka. Apabila fikiran rakyat itu telah difokuskan kepada ketakutan dan peperangan, maka kerajaan yang sama dapat berkuasa dengan tujuan untuk menyerang musuh yang datang daripada luar. Sangkaan ini dapat dipropagandakan di zaman era sebelum internet diperkenalkan. Maka, rakyat sering tertipu di era sebelum abad ke-21.

Contoh terbaik ialah perang dingin yang dilancarkan oleh Amerika dan sekutunya terhadap Russia dan komunisme. Ini adalah suatu taktik propaganda yang dilancarkan oleh para pemodal besar di kedua-dua blok ini untuk mengaut segala kekayaan di kedua-dua empayar iaitu emas, minyak, gas dan perdagangan matawang. Apabila rakyat di negara sekutu Amerika percaya akan propaganda ini, maka mereka menyokong penuh saranan kerajaan untuk menggempur musuh mereka di mana mereka menyangkakan bahawa itu semua adalah benar-benar terjadi.

Quote James Madison
Selalunya pihak yang sedang tertekan akan mengalihkan tumpuan rakyat kepada suatu “ilusi” bahawa adanya serangan terhadap mereka. Ini dipanggil sebagai “seige mentality”.

Mungkin perkara itu memang benar-benar berlaku, tetapi kerana sumber maklumat yang terhad – ianya telah membuatkan majoriti rakyat tetap percaya kepada sesuatu kerajaan itu tanpa ada usul periksa. Maka, revolusi terpaksa dilancarkan secara ganas dan rakyat yang tahu akan penipuan itu terpaksa mengangkat keadilan mengatasi kezaliman melalui cara kekerasan. Oleh itu, kita telah melihat banyak revolusi berlaku di seluruh dunia pada ketika itu, yang berhasrat untuk menjatuhkan pemerintahan kuku besi di negara mereka.

Tetapi, setelah internet berjaya meresapi jiwa penduduk dunia bermula pada awal 1990-an, maka rakyat sudah mula berjinak-jinak dengan informasi baru. Mereka sudah tidak perlu lagi menggunakan kekerasan, walaupun kerajaan kadang kala memilih jalan kekerasan bagi menyekat kebenaran daripada terserlah jua. Jalan kekerasan yang mungkin berjaya di era sebelum itu sudah tidak lagi relevan pada era dunia tanpa sempadan kini. Apabila kejahatan dan kezaliman diteruskan, maka semakin lemahlah kerajaan itu.

Demokrasi dahulu kala menjadi sebagai alat untuk mengkaburi mata rakyat bahawa kerajaan yang terpilih adalah pilihan majoriti rakyat. Psikologi ini yang diperkenalkan oleh Henry Stienyang mengatakan bahawa apabila rakyat yang berjumlah jutaan orang merasakan bahawa jutaan orang lain telah memilih kerajaan itu, maka mereka sanggup melupakan hasrat untuk menentang walaupun kerajaan itu tidak disukai. Ini dinamakan sebagai psikologi manusia yang senyap, tanpa dikawal oleh minda yang kritikal dan radikal. Walaupun ceramah keliling kampung diadakan, tetapi apabila pihak berkuasa menyekat itu semua daripada diteruskan, dan pejuang dipenjarakan – maka informasi sebenar telah tersekat, lalu rakyat pun menjadi alpa dan lalai (daripada ingin mengetahui tentang kebenaran).

Tetapi, kini apabila rakyat sudah mula dapat melihat hasil daripada serangan balas puak pro-reformasi di dalam media alternatif, maka demokrasi mungkin dapat diadakan secara aman dan saksama. Apabila rakyat sedar bahawa selama ini mereka tertipu, walaupun penipuan itu berlaku dengan niat yang baik (kununnya mahu melawan anasir jahat dari luar), maka rakyat sudah mula bangkit dan bergantung kepada media yang lebih dipercayai atas dasar counter-intelligence yang diamalkan oleh media alternatif.

Media alternatif sama seperti media arus perdana (yang dimiliki oleh pihak kerajaan), dimiliki oleh pihak pembangkang yang mengatur untuk menguasai kerajaan yang sama. Tetapi, di dalam kedua-dua pertembungan ini – media yang terbaik diguna pakai oleh rakyat ialah media berkecuali yang dihasilkan oleh pihak-pihak yang tidak diperkudakan oleh sesiapa. Media seperti blog-blog yang dihasilkan oleh rakyat marhaen, dan vedio yang diambil daripada aksi secara langsung daripada perakam amatur haruslah diambil serius. Dokumentari oleh pihak amatur juga boleh dinilai secara ilmiah, dan diambil kira.

Islam dan Bersih
Ummat Islam harus berada di hadapan dalam apa jua kemelut untuk memberikan mesej keamanan dan dakwah kepada mereka yang belum memperolehi hidayah Islam.

Apabila keadilan, demokrasi dan amanah pemimpin ummat dapat dinobatkan dan dimartabatkan, maka keamanan yang sejati pun dapat direalisasikan. Setelah itu, pihak-pihak berkuasa akan dapat tidur dengan lebih lena, dan si berkuasa pun dapat menjalankan tugas dengan beramanah, adil dan saksama, tanpa ada rasa bersalah, segan dan silu. Hanya si berkuasa yang bersalah sahaja yang akan bertindak zalim, dalam ketakutan, namun sebaliknya yang jujur dan beramanah akan bertindak adil dan saksama.

Marilah kita menginsafi diri, dan perbanyakkan doa untuk mendapatkan hidayah daripada Allah s.w.t. Semoga kita dapat menginsafi diri, dan kembali ke jalan yang diredhai olehNya. Ingatlah, kerajaan yang adil perlu diangkat oleh rakyat – tidak kira siapa pemerintahnya. Kerajaan yang zalim harus ditumbangkan oleh rakyat, walaupun ianya datang daripada parti yang disayangi oleh mereka selama ini.

Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: