Kasih Azlina – Episod 2

Scene 4: Langgar Lari

Dari jauh kelihatan sebuah kereta berjenama Lamborghini diberhentikan di hadapan rumah Ezlyn.

Seorang lelaki tampan dan segak keluar dari kereta tersebut sambil menguiskan rambutnya yang ikal ke belakang. Baju kemeja-T biru yang dipakai oleh lelaki itu, kelihatan begitu sesuai dipakai olehnya, seakan diperagakan oleh seorang model dari negara Itali untuk jenama pakaian Valentino yang berstatus tinggi.

“Sayang, tengoklah kereta I ni, dah kemek!” adu Ezlyn kepada lelaki itu.

“I dah nampak tadi, dari luar pun dah nampak kemek!” ujar lelaki tersebut. Dia duduk mencangkungkan kaki kanannya untuk mengintai kesan lekukan yang terkena pada kereta BMW merah tersebut.

“I went out with my friend’s car, and when I came back – I nampak kemek ni sayang,” rengek Ezlyn lagi, mungkin lebih kepada menggoda daripada nak mengada-ada.

“Hmm… takpe, I boleh beli kereta baru kalau you nak?” jawab lelaki tersebut secara sinis.

“Ala you ni, I sayang kereta ni tau, I beli dengan duit sendiri…” Ezlyn menolak cadangan lelaki itu sambil memeluk tubuhnya sendiri. Ego Ezlyn tercalar kerana kerjanya sebagai seorang lawyer bukanlah bergaji rendah.

“I understand. Okay, nanti I akan check siapa yang buat ni. Whatever it is, kereta ni boleh tinggal sini dulu. Jom, naik kereta I and we go back to our house?” tanya lelaki itu seakan memberikan cadangan yang lebih bernas.

“Tak payahlah sayang, you send me back to my parents’ house je!” Ezlyn memberikan pendapatnya pula.

“Okay, whatever you want honey!” lelaki itu menghulurkan tangan ke arah Ezlyn.

“No!” tolak Ezlyn seakan merajuk pula.

“Okay!” lelaki itu mengangkat tangannya ke atas.

Mereka berdua pun masuk ke dalam kereta Lamborghini berwarna oren tersebut lalu kedengaran enjin dihidupkan secara automatik. Sedikit sahaja pedal minyak ditekan, berdesup kereta itu bergerak hilang dari pandangan.

Restoran
Gambaran artis – Restoran Maju Jaya milik Kamal

Scene 5: Rakan Karibku

Aku tiba di Restoran Maju Jaya pada waktu lebih kurang 10 malam. Aku tidak nampak Kamal di situ, tetapi yang kelihatan hanyalah para pekerjanya yang gigih melaksanakan tugas. Aku nampak sebuah meja yang masih kosong di hujung sudut luar restoran corner-lot tersebut, lalu cepat-cepat aku melabuhkan pinggulku untuk duduk di kerusinya.

“Teh tarik 1, roti canai satu,” aku membuat pesanan kepada seorang pelayan yang datang bertanya order daripada ku. Aku tidak pasti adakah para pekerja itu warganegara tempatan ataupun sebaliknya. Namun yang pasti, dari lenggok bahasanya, mereka bukan orang asal.

“Mee goreng mamak pun kasi satu! Taruk telur mata ya!” pesanku lagi.

“Ada order lain ka itu abang?” tanya pelayan tersebut.

“Ada ke?” tanya ku.

“Apa itu?” pelayan tersebut menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Saya tak tahu, ada ke order lain? Menu lain ke?” tanyaku sengaja menguji kosakata yang tersimpan di dalam minda si pelayan.

“Itu saya tanya ada apa-apa lagi ka?” Wah! Boleh tahan kefahaman bahasa Melayunya tu! Boleh dipuji si Kamal ni.

“Takde la, jangan lupa cepat sikit ya. Teh tarik tu kasi kurang manis!” arahku seakan restoran itu bapak aku yang punya.

Aku melihat si pelayan beredar menuju ke bahagian dapur sambil kedengaran dia bertutur di dalam bahasa Tamil dengan para pekerja yang lain. Mungkin dia memberitahu akan orderku tadi, atau mungkin juga dia bercerita tentang perangai aku tadi. Aku bukan apa, sengaja nak menguji para pekerja Kamal, supaya aku boleh memberitahunya nanti untuk penambahbaikan. Aku bukan jenis suka membuli atau mengacau orang. Cuma, kadang-kadang perangai lama itu ada sedikit terkeluar sekali sekala.

Malam yang dingin asalnya kini bertukar menjadi hangat. Aku masih teringat akan kes terlanggar kereta mahal jiran sebelah rumah tadi. Macam mana aku nak sorok kesan kemek di keretaku? Kalau mereka ternampak, pasti akan disoal oleh tuan kereta itu. Ditambah pula, Shay ada mengingatkan aku supaya tidak mencari si tuan kereta tersebut. Kenapa pula ya? Adakah Shay sudah mengetahui akan perangai si pemilik kereta tersebut? Atau adakah kerana sebab-sebab yang lain?

MPV
Lakaran gambar sebuah MPV yang dimiliki oleh Kamal.

Tidak lama kemudian, sebuah kereta jenis MPV pun berhenti tidak jauh dari ku. Aku tidak nampak akan pemandu atau orang yang berada di dalamnya, tapi aku yakin ianya adalah kereta milik Kamal. Walau sudah lama aku tak berjumpa dengannya, tapi pada ku, dia adalah seorang rakan yang rapat.

“Assalamualaikum brother!” sapa Kamal dari arah belakang sambil menepuk bahuku.

“Waalaikum salam!” aku berdiri, lalu kami berpelukan erat sembil melagakan pipi seakan-akan pak arab yang tersesat di sebuah restoran mamak pula gaya kami.

“Apa khabar kau sekarang? Nampak maintain je badan?” tegur Kamal sambil duduk terus di hadapan ku. Kelihatan beberapa pekerja restoran mulai gelabah bekerja keras sambil kedengaran mereka bercakap tamil sesama mereka.

“Aku alhamdulillah, syukur hanya kepada Allah. Baru je sampai tadi sebenarnya ni.” jawabku jujur.

“Wah, beruntung aku jadi orang pertama kau jumpa lepas sampai Malaysia!” wajah Kamal menjadi ceria sambil mengeluarkan sejenis alat yang dipanggil sebagai Alternative Vapor yang tidak diketahui jenamanya. Tangannya mulai mengeluarkan lagi beberapa jenis botol atau cecair seakan mahu diisi di dalam alat tersebut.

“Aku la yang patut rasa beruntung dapat jumpa orang macam kau, lama betul tak jumpa. Dah berapa restoran kau buka?” tanya ku pula.

“Aku baru buka 12 restoran je…” jawabnya selamba.

“Cait! Banyak tu bro! Senang aku nak makan free nanti ni… haha!” gurau ku pula.

“Alah, takat makan free – aku tak kisah. Sedangkan satu keluarga pun aku tak kisah beri makan free, takkan kau sorang aku nak kisah?!” jawab Kamal sambil menyedut alat Vapor tersebut, lalu menghembuskan asap yang kelihatan seperti wap, berbanding asap rokok.

“Mana kawan-kawan kita lain sekarang ya?” tanyaku kepada Kamal.

“Aku ada la contact melalui whatsapp, tapi aku pun dah jarang jumpa mereka. Semuanya sibuk-sibuk belaka.” jawab Kamal sambil menoleh ke arah seorang pelayan. Kemudian dia memanggilnya dan bertutur dalam bahasa Tamil.

“Kau nak makan apa?” tanya Kamal.

“Aku dah makan tadi bro, takpe – cukup dah!” jawabku lagi secara jujur, walaupun kalau diikutkan nafsu, boleh je nak order lagi Nasi Kandar atau Chappati.

“Eh, tambah lagi – takkan nak biar aku makan sorang-sorang?” usik Kamal sambil memetik jari dan menyebutkan beberapa perkataan Tamil yang tidak kufahami kepada para pekerjanya. Sekali imbas, lagaknya lebih seperti Rajnikanth, seorang hero movie dari negara India, tetapi Kamal padaku lebih bergaya.

“Takpe bro! Aku dah kenyang ni, nanti membazir,” jawabku culas.

“Hmm, okay la bro – kalau tak nak makan, tak boleh paksa kan?” ujar Kamal sambil memvapingkan diri.

“Ala, kita borak-borak je la – itu pun dah menghiburkan hati ku yang lara ni!” jawabku berseloroh.

“Kau ni lara-lara. Sebab tu aku suruh kau kawin cepat-cepat, tak dengar cakap!” marah Kamal secara bergurau.

“Itu semua jodoh, Tuhan yang tentukan. Aku hanya manusia yang kerdil dan lemah,”

“Ish ish ish, merendah diri pulak…” jerngih Kamal sambil meneguk air kopi yang baru dihantar oleh pekerjanya sendiri. Laju juga mereka buat kerja ye?

“Ala, belum sampai seru lagi bro?” terangku lagi.

Dia tersengih lalu melontarkan pandangannya ke arah keretaku.

“Kau dah ada kerja ke kat sini?” tanya Kamal.

“Rezeki Allah yang bagi Kamal. Aku akan cari inshaAllah,” jawabku jujur. Memang sejujurnya aku pun tak tahu kerja apa yang akan aku cari nanti. Asalkan ada kerja dan dapat pendapatan, aku akan terima seadanya.

“Kalau kau nak apa-apa bantuan, beritahu aku ok?” terang Kamal secara tenang, seakan benar-benar mahu membantu aku.

“Takpe, biar aku settle down dulu Mal, kau bukan tak tahu aku. Kena round satu kawasan baru boleh dikira settle down.” terangku lagi.

“Harapnya semua kawan-kawan kita masih di bawah radar, tapi memasang telinga – seperti biasa?! Lepas diaorang dengar khabar kau dah pulang, mesti ramai yang contact aku untuk berjumpa,” tegas Kamal.

“Ah, biarkan saja diaorang dengan family dan kerja masing-masing. Aku pun dah berubah. Dah tak macam dulu lagi bro!” tegasku sekali lagi.

“Kau berubah macam mana?” tanya Kamal.

“Panjang ceritanya. Kau bukan tak kenal aku, ada apa-apa perbezaan?” aku cuba untuk memancing Kamal, samada dia sudah perasan akan perubahan ku?

“Jambang kau tak cukur, rambut panjang, apa lagi yang berubah? Takde banyak beza?” ujar Kamal sambil matanya ligat memerhatikan diriku.

“Hmm, okay la kalau tak banyak beza – kut nampak aku boroi ke, buncit ke, nasib baik takde beza kat situ, haha!” lawak ku seakan kelakar sangat.

“Tang boroi tu no komen, aku tak check sampai tang situ bro!” Kamal tersengih-sengih seakan malu dengan perutnya sendiri.

“So, aku nak tanya – ada dengar cerita fasal Zalina?” tanyaku. Aku pun tak faham kenapa aku nak tanya juga soalan ini. Satu soalan yang sebenarnya amat taboo, atau tidak patut ditanya oleh sesiapa jua.

“Oh! Dr. Zalina, hmm – aku dah lama lost contact dengan bekas, err… dengan Lina bro. Aku faham perasaan kau, tapi – baik kau lupakan jelah dia bro?” jawab Kamal.

“Kenapa bro? Ada apa-apa yang berlaku ke?” tanyaku gusar. Kut dah arwah ke?

“Kita tukar topik la bro, cite pasal panda kat zoo lagi bagus. Kerajaan China baru je bagi hadiah kat kerajaan Malaysia bro?” Kamal cuba menukar topik.

“Kau nak tukar topik pun berpada-pada la caranya. Tak payah mintak izin aku nak tukar topik, tukar je la topik tu Mal! Ha ha!..” ketawaku sambil mengurut jambangku sendiri.

Mindaku menjadi semakin tertanya-tanya, mengapa Kamal cuba mengelak daripada bercerita tentang Lina? Apakah yang telah berlaku? Hmm, sebenarnya tak perlu pun aku nak tahu kembali akan kisahnya. Cuma, ini hanyalah suatu perasaan luar biasa yang seringkali tiba jika aku pulang ke Malaysia.

Sebab itu aku tinggal begitu lama di luar negara. Berbagai perkara aku dapat lupakan. Hampir segala-galanya!

To be continued….

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: