Kasih Azlina – Remake

This is a remake of Kasih Azlina, a Malay novel which I wrote between 1999-2004 at www.melayu.com when I was the administrator of Cerpen segment there (under the nickname of Alpine2). Melayu.com was once touted as the most popular Malay online site for netizens during that period of time.

The remaining original story which was once published at booksie.com/sakura-sakuragi under the same title was still there, but incomplete as I have purposely deleted the first 18 chapters of the story and all the ending parts. This was because I have seen some readers who have shared the story without my permission. I wanted to delete the whole story but I have forgotten the password. I still need to delete them all once I have completed the “remake” version here. The original version also lacks good messages or does not according to the Islamic principles. Therefore, this remake version should repair all the damages which were once done. Hopefully!

I will maintain the writing of this novel in Bahasa to make it easier for readers to have the feel (because it is a Malay story for the Malay readers). I will adjust the plot and mood so it will be more appealing to the new generation of online readers, and to make it as a story of examples to the readers out there.

So, please enjoy – and share with me your comments if there is any. InshaAllah, I will improve the style of writing or plots if necessary.

KASIH AZLINA, Satu – Tamatkah Sebuah Penderitaan?

Scene 1: Kepulangan Azril.

AKU melangkah tenang menuju ke kaunter pertanyaan di suatu sudut di balai ketibaan KLIA. Sudah begitu lama aku tidak pulang. Masih terngiang kata-kata ibunda tatkala aku berlepas pergi ke negara orang, jauh merantau mencari ilmu dan rezeki. Kini aku pulang setelah segala-galanya berubah. Setelah hatiku sejuk dan tenang dari segala kisah lampau yang pernah melukai hatiku.

“Ya encik, ada perkara yang boleh kami tolong?” tanya seorang gadis berbangsa India yang sedang bertugas.

“Saya nak tanya, di mana surau ya?” tanyaku segera ingin mengetahui tempat untuk menunaikan ibadah wajib. Suatu ibadah yang menjadi tiang seri lelaki ini yang mengaku sebagai pengikut Nabi Muhammad s.a.w.

“Encik boleh ke sebelah kiri di hujung sana, dan lepas tu, masuk ke kiri. Nanti ada nampak signboard – kat sana nanti ada,” terang gadis itu tersenyum simpul. Mungkin sudah menjadi tugasnya untuk sentiasa memberikan senyuman.

“Terima kasih,” aku terus mengorak langkah. Kaki kurasa semakin ringan kerana hati melonjak semangat untuk menunaikan solat. Waktu Asar sudah semakin hampir menuju ke maghrib. Lantas aku mesti segera menunaikan solat jamak takhir seperti yang telah diniatkan dalam perjalanan di udara tadi.

Setelah tiba di surau, kelihatan beberapa lelaki sedang menunggu waktu maghrib, dan ada pula seorang lelaki yang sedang menunaikan solat. Kelihatan juga seorang anggota polis sedang duduk sambil memerhati keadaan sekeliling.

“Abang polis, boleh tolong tengokkan beg saya sekejap? Hanya sementara je untuk saya nak ambil wudhuk?” tanyaku sambil cuba mengukir senyuman.

Anggota polis tersebut kelihatan kaget kerana mungkin tidak menyangka akan soalan yang bakal diutarakan olehku tadi.

“Sebenarnya, beg tak boleh dibiarkan tanpa dijaga oleh tuannya encik!” tegasnya.

“Oh begitu? Hmm, tak apalah!” jawabku sambil mengheret kesemua beg supaya ianya berhampiran di pintu. Aku pun menyinsing lengan, lalu mula mengambil wudhuk.

Setelah selesai solat dilaksanakan, aku mencari telefon bimbit lalu cuba membuat satu panggilan ke nombor adik lelakiku, Shay.

“Hello?” tidak sampai dua deringan, kedengaran suaranya mengangkat telefon. Tetapi, pasti dia tidak menyedari bahawa akulah yang membuat panggilan.

“Assalamualaikum Shay, kamu kenal tak siapa ni?” tanyaku sambil tersengih. Aku tak peduli samada dia nampak atau tidak sengihanku sekarang.

Tiada jawapan dari Shay, cuma kedengaran hanyalah bunyi latar atau persekitaran di sana, mungkin juga dia sedang berfikir sejenak.

“Eh, ini along ke?!” tanya Shay dengan rasa terkejut. Dapat aku gambarkan ekspresi wajahnya sekarang.

“Iya, along dah sampai dah ni. Sekarang along ada kat KLIA baru je habis solat. Lepas maghrib nanti along gerak ke rumah,” beritahuku gembira.

“Tapi aku takde kat rumah la along. Aku kat Kuantan ni, esok baru leh balik!” jawab Shay bernada kecewa.

“Oh ye ke? Laa…” balasku.

“Tu la, balik tak bagitahu kami…” leter Shay.

“Along saja nak wat surprise je. Tapi, nampaknya tak berjaya…” ujarku sambil tersenyum sedikit kerana beberapa orang sudah mula memerhatikan ku. Mungkin suaraku sedikit kuat ketika bercakap.

“Along tepon angah la, kot-kot dia ada datang rumah? Kunci spare kami ada letak tempat biasa…” terang Shay.

“Okay Shay. Along call angah nanti. Tak pun along jumpa dia nanti kalau dia ada datang rumah…” aku menyokong cadangan Shay tersebut.

Perbualan kami berhenti bila azan maghrib berkumandang. Aku masuk semula ke dalam surau untuk menunaikan solat maghrib.

Scene 2: Pusaka Cinta Sebuah Keluarga

Azril keluar dari sebuah teksi, yang berhenti di hadapan rumah teres dua tingkat di Ampang. Azril tersenyum puas sambil berdiri melihat rumah yang tersergam seakan tidak berubah dimamah masa yang panjang.

“Masih sama keadaan kau ye rumah? Walau dah 10 tahun kita tak berjumpa,” bisik Azril sambil tersenyum sendirian.

Setelah menolak pagar rumah yang tidak terkunci, Azril melangkah masuk dan melihat sebuah kereta Honda Inspire berwarna kelabu yang pernah dibawa pulang olehnya suatu ketika dahulu. Keadaanya masih elok tidak banyak berubah. Mungkin ia dijaga baik oleh adik iparnya yang amat meminati kereta buatan Jepun?

Kemudian dia berhenti di tepi sebuah pasu bunga yang agak besar. Sebatang pokok bonsai Taiwan sedang hidup meninggi dari dalam pasu bercorak kupu-kupu tersebut. Azril membelek-belek pokok tersebut lalu menolaknya senget dan mengambil kunci yang tersorok di bawah pasu tersebut.

“Hmm… nasib baik orang tak tahu ada kunci di bawah engkau nih!” geleng Azril menelek nasib kalau-kalau ada penjahat yang mungkin tahu akan adanya kunci di situ.

Azril mengorak langkah ke pintu lalu membuka kunci mangga, pintu gerigil dan kemudian pintu kayu yang masih utuh. Berkuak bunyi pintu bila dibuka sambil tangan dan jari jemari Azril cepat sahaja mencari suis lampu di ruang hadapan.

“Assalamualaikum!” ucap Azril seperti biasa, sebelum memasuki sebuah rumah. Jarinya bisa terus memetik suis lampu yang telah ditemui.

Tiada jawapan, namun kesunyian dipecahkan hanya oleh bunyi lampu yang sedang dihidupkan.

“Crriiikkkzz….” lampu ruang tamu hadapan yang tergantung di siling pun akhirnya terpasang cerah, setelah beberapa kali berkedip seakan segan untuk dinyalakan sebelum itu.

Welcome back home Azril, home sweet home!” bisik hati Azril sambil menarik masuk kesemua barang-barangnya.

“Sekarang aku dah sampai, for good alhamdulillah!” sambung Azril sambil melabuhkan punggungnya ke atas sofa berwarna putih yang tampak lusuh, walaupun masih elok keadaannya.

Dia kemudian bangun dan menuju ke sebuah almari berwarna putih, yang disandarkan kepada dinding berwarna kelabu. Azril membuka pintu almari itu, lalu menggenggam kunci kereta Honda Inspire yang kelihatan begitu lama tidak disentuh. Azril tersenyum.

Scene 3: Acuh Tak Acuh

Aku menekan pedal minyak sambil gear reverse dimasukkan. Kuasa kereta begitu mencengkam membuatkan sekali sahaja aku menekan ianya meluncur laju menuju ke belakang. Keadaan porch kereta yang sedikit curam membuatkan ianya meluncur laju sehingga terlajak ke belakang. Sikapku yang acuh tidak acuh membuatkan keretaku terkena sebuah kereta lain yang diletakkan di bahu jalan.

“Adus!” lontar kataku setelah melakukan kesilapan yang tidak diduga itu.

“Kereta siapa tu?” aku menoleh ke belakang dan terlihat sebuah kereta BMW 3 Series berwarna merah sedang dicium oleh bontot kereta ku. Nasib lah!

“Alamak, kereta bimer tu!” aku menepuk dahiku sendiri. Setelah kepalaku digelengkan, aku memasukkan gear satu lalu meletakkan kereta ke sebelah bahu jalan. Aku turun lalu cuba untuk mencari jika ada sesiapa yang keluar dari rumah lalu mengaku bahawa kereta itu miliknya. Namun ternyata harapanku meleset.

“Aduyai!” aku membelek kereta tersebut. Ada sedikit calar pada keretanya, dan terdapat kesan lekuk hasil terjahan keretaku tadi dari belakang. “Habis aku, naya!” aku menggelengkan kepala lagi.

Aku segera mengeluarkan telefon bimbit.

“Hello! Assalamualaikum Shay!” aku menelefon adik ku sekali lagi.

“Ha, along – kau dah sampai rumah belom?” tanya Shay seakan tidak sabar.

“Aku dah sampai rumah, cuma ni ha – aku eksiden!” jawab ku.

“Hah? Eksiden? Kau okay tak?” tanya Shay terkejut.

“Aku okay, tapi poket aku nanti la jadi tak okay nanti ni bro!” jawab ku lagi. Sambil itu mata ku melilau mencari kalau-kalau muncul sesiapa yang boleh ditanya, adakah si pemilik kereta BMW merah tersebut?

“Kau eksiden kat mana?” tanya Shay seterusnya.

“Kat depan rumah je, terlanggar kereta yang parking depan rumah ni ha!” terangku sejujurnya.

“La! Tu kereta awek sebelah rumah tu!” terang Shay seadanya.

“Ha, engkau kenal ke sape punya kereta ni Shay?” aku kembali segar. Sekurang-kurangnya aku boleh selesaikan kes itu secara elok. Tak mahu aku lari begitu sahaja.

“Kalau aku jadi kau, aku lari je along!” cadang Shay.

“Eh, jangan macam tu. Tak elok, kita kena beramanah. Mana boleh lari macam tu, nanti macam mana dia kena repair kereta tu, dan sampai ke mati tuan kereta tu akan….”

“Tak payah Along! Aku cadang kau belah je. Kau dah lama tak balik Malaysia, mungkin kau ingat Malaysia sekarang macam 15 tahun dulu masa kita kecik-kecik, tapi sekarang keadaan dah lain macam…. mana boleh jadi baik sangat bro! Silap haribulan, kau masuk dalam tong simen nanti…” cadang Shay seakan panglipur lara di pementasan teater pula gayanya.

“Eh, takkan la macam tu!” potong ku.

“Dengar je cakap aku, elok kau belah je. Esok lusa kau tengok gelagat awek sebelah rumah tu, apa dia buat. Kalau dia carik kau, kau pandai la buat cerita!” cadang Shay.

“Eh, tak mau lah. Nanti aku check kalau dia ada rumah,”

“Tak payah Along….” cadang Shay berkeras.

“Okay lah, nanti along tulis nombor plat kereta ni dan akan pegi buat laporan polis,” fikirku secara nyata.

“Polis tu pun takyah report. Banyak orang report kes diaorang kena layan, takat langgar kecik macam tu baik takyah Along! Betul!” cadang Shay lagi. Ish, macam lawyer aku pulak dah gayanya.

“Hmm, kalau macam tu okay lah. Terpaksa la aku belah macam ni. Jangan salahkan aku pulak nanti kalau apa-apa ye,” ujarku jujur.

“InshaAllah takde apa-apa along. Dah, pegi ke gerai Kamal biasa tu, dan jumpa dia kat situ, at least boleh makan-makan,”

“Hmm, okay la…” aku mematikan telefon.

Kemudian, dengan segera aku mengangkat kaki lalu memblahkan diri ke gerai Kamal, kawan baik kami ketika kecil dahulu.

 

To be continued – inshaAllah…..

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: